Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Permohonan sebagai pemerhati PRU15 dibuka hari ini

Boleh kemuka permohonan sebelum 21 Oktober depan: SPR

BANGI, 14 Rabiulawal 1444H, Selasa – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) membuka urusan permohonan sebagai pemerhati bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bermula hari ini sehingga 21 Oktober 2022.

Setiausaha SPR, Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, permohonan sebagai pemerhati yang mewakili organisasi adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

“Pemerhati dibenarkan untuk membuat pemerhatian bagi proses-proses pilihan raya seperti proses penamaan calon, berkempen, mengundi awal, proses mengundi dan pengiraan undi dan penjumlahan undi sehinggalah pengisytiharan keputusan pilihan raya.

“SPR mengingatkan agar mereka yang berminat untuk menyertai program ini supaya mengemukakan permohonan sebelum tarikh tutup permohonan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memuat turun borang permohonan boleh melayari Portal SPR di https://www.spr.gov.my/.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button