Berita UtamaDunia

Krisis global penyebab isu kelaparan di seluruh Afrika: FAO

310 juta orang di seluruh benua kemungkinan menderita menjelang akhir dekad

LONDON, 15 Rabiulawal 1444H, Rabu – Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran, negara-negara Afrika menghadapi kekurangan makanan akibat daripada krisis global sekali gus membatalkan usaha bertahun-tahun untuk menghapuskan kelaparan.

FAO memberitahu, krisis kewangan dan kekurangan bijirin yang didorong perang Russia-Ukraine, perubahan iklim serta konflik dalaman memainkan peranan dalam mewujudkan ketidakstabilan makanan serius untuk jutaan orang.

Kira-kira 44 peratus gandum Afrika diimport dari Ukraine dan Russia sebelum perang meletus pada Februari.

Wilayah yang paling teruk terjejas ialah Tanduk Afrika, yang tidak mengalami musim hujan selama lima tahun berturut-turut.

Somalia – yang sudah lama dilanda perang – paling teruk terjejas, bersama negara jiran Ethiopia dan Kenya.

PBB percaya seramai 310 juta orang di seluruh benua berkemungkinan menderita kelaparan menjelang akhir dekad – meningkat daripada 278 juta, atau hampir 20 peratus daripada jumlah keseluruhan Afrika, tahun lalu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button