Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Terowong SMART dibuka semula selepas ditutup hampir dua jam

Susulan hujan lebat melanda Lembah Klang sejak awal pagi tadi

KUALA LUMPUR, 15 Rabiulawal 1444H, Rabu – Terowong Lebuhraya SMART kembali beroperasi selepas ditutup hampir dua jam susulan hujan lebat yang melanda Lembah Klang sejak awal pagi tadi.

Pusat Kawalan SMART dalam hantarannya menerusi laman Facebook memaklumkan sistem telah kembali kepada mod 1 iaitu dibuka kepada trafik pada 9.30 pagi.

“Jumlah kadar air Sungai Klang-Sungai Ampang telah dilencongkan sebanyak 1,743,923 meter padu,” menurut pusat kawalan itu.

Terdahulu, terowong lebuhraya SMART beroperasi dalam mod 3 kira-kira pukul 8 pagi tadi iaitu terowong trafik ditutup dan dikosongkan daripada kenderaan manakala air banjir dialirkan di bahagian bawah terowong.

Sementara itu, menurut Info Trafik Kuala Lumpur @klccc_dbkl dalam laman Twitternya memaklumkan keadaan trafik di beberapa laluan utama memasuki ibu kota juga sesak antaranya dari Bandar Tasik Selatan ke Desa Tun Razak, dari Ukay Perdana ke Ampang, dari Petronas/Shell Teknologi Park Malaysia ke Tol Sungai Besi.

Kesesakan juga berlaku di Jalan Tun Razak dari Institut Jantung Negara (IJN) ke Bulatan Pahang dan dari Bangunan RHB ke Kedutaan Amerika Syarikat. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button