Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

PAS tuntut penjelasan Presiden UMNO isu bergerak solo PRU15

‘Kita nak dengar daripada mulut beliau sendiri’: Ahmad Samsuri

BANGI, 16 Rabiulawal 1444H, Khamis – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi dituntut untuk memberikan penjelasan kepada PAS berhubung pendiriannya yang mahu bergerak secara solo dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mohktar berkata, perkara itu hanya diketahui melalui media sahaja sebelum ini tanpa ada kenyataan rasmi dari parti tersebut.

“PAS ingin mendengar pendirian itu daripada Presiden UMNO sendiri dan kini dalam proses untuk mendapatkan penjelasan tersebut.

“Kita pun dengar daripada media, kita tak salahkan media, tapi kita nak dengar daripada mulut beliau sendiri,” katanya seperti dilapor Astro Awani, hari ini.

UMNO sebelum ini menetapkan tiga syarat kepada PAS dalam memperkukuh kerjasama rasmi antara kedua-dua buah parti bagi menghadapi PRU15.

Tiga syarat berkenaan termasuk PAS perlu keluar daripada gabungan Perikatan Nasional (PN), memutuskan hubungan politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta mengisytiharkan secara rasmi ‘mufaraqah’ berkenaan.

Ahmad Samsuri menegaskan, PAS sehingga kini tetap dengan pendirian untuk terus bekerjasama dengan UMNO dan Bersatu.

Malah, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan memaklumkan, parti itu tetap akan meneruskan usaha penyatuan ummah.

Semuanya melibatkan ‘komitmen’ ketiga-tiga parti teras Melayu dalam usaha menjamin kestabilan politik negara.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button