Berita Utama

Aminuddin ketuai GTA gempur kubu kuat BN di Pahang

Mulakan jelajah di Temerloh esok, terangkan aspirasi kepada rakyat

BANGI, 17 Rabiulawal 1444H, Jumaat – Gerakan Tanah Air (GTA) Negeri Pahang akan memulakan jelajahnya di Temerloh bagi menerangkan aspirasi-aspirasi yang dibawa gerakan itu kepada rakyat.

Pengerusi GTA Pahang, Aminuddin Yahaya telah memutuskan untuk berani melangkah dan memulakan perjuangan di negeri itu yang sering dianggap sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN).

Justeru, beliau mengajak rakyat di negeri berkenaan untuk hadir ke Himpunan Gerakan Tanah Air Negeri Pahang yang akan diadakan malam esok di Dataran Tok Gajah, Temerloh.

“Seperti yang kita sedia maklum, pelbagai permasalahan terutamanya bab tanah berlaku di negeri Pahang.

“Kita sering kali meluahkan kekesalan kita terhadap sikap dan perangai kerajaan negeri Pahang tetapi tidak diendah dan diremehkan sahaja,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Aminuddin yang juga jurucakap Jawatankuasa Pemandu Gagasan Bangsa (GB) berkata, himpunan itu akan dihadiri pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan negeri Pahang yang bersama gagasan berkenaan, termasuk parti-parti komponen GTA iaitu BERJASA, Pejuang, IMAN dan Putra.

“Sahabat-sahabat yang berada di Pahang dijemput hadir. Ayuhlah, segala kekecewaan kita dengan berani melakukan perubahan!.

“Kita berani cakap. Kita berani buat. Kita berani lawan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button