Berita Utama

BERJASA sasar menang lima kerusi Parlimen

Senarai kawasan masih dalam perbincangan MT GTA

BANGI, 17 Rabiulawal 1444H, Jumaat – BERJASA berhasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya, Shah Alam, Sepang, Kota Bharu dan Baling pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu diumumkan Timbalan Presiden BERJASA, Datuk Mohd Rosli Ramli selepas parti komponen Gerakan Tanah Air (GTA) itu mengenal pasti 40 calon boleh menang untuk bertanding dalam PRU15.

Beliau berkata, hasrat itu disuarakan kerana BERJASA pernah menggerakkan jentera parti di kawasan berkenaan sebelum ini.

“Kita yakin bahawa BERJASA boleh menyumbang kerusi kepada pertubuhan kerajaan baharu di bawah GTA.

“Antara kerusi-kerusi yang kita telah kenal pasti adalah Putrajaya, Shah Alam, Sepang, Kota Bharu, Baling dan beberapa kawasan lain,” katanya menerusi video ringkas yang disiarkan Facebook BERJASA.

Bagaimanapun difahamkan senarai kawasan itu masih dalam perbincangan Majlis Tertinggi (MT) GTA.

BERJASA adalah sebahagian komponen GTA yang turut terdiri daripada Pejuang, Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).

Memandangkan penubuhan GTA belum diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), semua komponen gerakan itu bersetuju menggunakan logo Pejuang bagi menghadapi PRU15.

Pautan terdahulu;
https://ismaweb.net/2022/10/13/berjasa-sudah-ada-senarai-40-calon-mampu2-menang-pru15/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button