Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

Haram tudung di sekolah, hakim mahkamah India tak sependapat

Kes dirujuk kepada ketua hakim negara untuk pertimbangan

NEW DELHI, 17 Rabiulawal 1444H, Jumaat – Isu pengharaman tudung di sekolah dirujuk kepada ketua hakim negara selepas panel Mahkamah Agung India berpecah kepada dua pendapat.

“Kami mempunyai perbezaan pendapat,” kata Hakim Mahkamah Agung, Hemant Gupta – salah seorang daripada dua hakim dalam panel itu.

Gupta berkata, dia mahu rayuan terhadap larangan itu dibatalkan, manakala seorang lagi panel hakim, Sudhanshu Dhulia berpendapat bahawa pemakaian tudung sebagai pilihan.

Katanya, ketua hakim negara akan menubuhkan panel yang lebih besar untuk mempertimbangkan kes itu, dan keputusannya akan terpakai di seluruh negara.

Sementara itu, peguam yang mewakili pempetisyen muslim, Anas Tanwir menyifatkan keputusan berpecah itu adalah ‘separuh kemenangan’ bagi umat Islam.

“Diharapkan ketua hakim negara akan menubuhkan panel yang lebih besar tidak lama lagi dan kita akan mempunyai keputusan muktamad,” katanya.

Larangan negeri Karnataka terhadap pengharaman pemakaian hijab di sekolah pada Februari lalu telah mencetuskan protes dalam kalangan pelajar dan ibu bapa muslim.

Sebagai tindak balas, pelajar Hindu turut mengadakan bantahan sekali gus menambahkan ketegangan agama, tatkala orang Islam mengadu dipinggirkan di bawah kerajaan dipimpin Perdana Menteri, Narendra Modi.

Perdebatan India mengenai hijab muncul ketika protes menggegarkan Iran selepas wanita membantah etika berpakaian di bawah undang-undang Islam.

Umat Islam adalah kumpulan minoriti terbesar di India, yang menyumbang 13 peratus daripada populasi 1.4 bilion penduduk – majoritinya beragama Hindu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button