Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

PRU15: PN teliti kerjasama dengan GTA

Belum ada keputusan, masing-masing parti komponen ada pengalaman

BANGI, 17 Rabiulawal 1444H, Jumaat – Perikatan Nasional (PN) akan meneliti kerjasama dengan Gerakan Tanah Air (GTA) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam Majlis Tertinggi (MT) PN memandangkan ia tidak boleh diputuskan oleh beliau seorang selain melibatkan pimpinan daripada parti-parti komponen di dalam PN.

“Sampai ke hari ini kita tidak buat apa keputusan. Sebab masing-masing ada pengalaman mereka masing-masing.

“PAS dan Gerakan ada pengalaman. Macam kami, Bersatu pun ada pengalaman,” katanya dalam satu sidang media ketika diminta mengulas mengenai jalinan kerjasama dengan GTA dan Pejuang, hari ini.

Muhyiddin berkata, PN mahu meneliti sama ada kerjasama itu akan memberi nilai tambah dan menguntungkan kedua-dua pihak atau sebaliknya.

“Jangan menguntungkan satu pihak saja dan pandangan pengundi juga perlu diambil kira.

“Saya tidak tahu orang Panchor sini suka atau tidak. Jika kita buat sesuatu yang tidak disukai, ia mungkin menyebabkan sokongan yang tinggi akan merosot, jadi ia perlu diteliti,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, GTA bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik yang ‘sebulu’ dengannya.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan parti yang dimaksudkan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button