Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Seorang doktor Palestin maut ditembak tentera Israel

Dua terkorban ketika serbuan di Tebing Barat

JENIN, 17 Rabiulawal 1444H, Jumaat – Seorang doktor di sebuah hospital kerajaan maut selepas ditembak tentera rejim pengganas Israel pada Jumaat.

Abdullah Abu al-Teen, 43, terkena tembakan di kepala apabila cuba merawat seorang lelaki cedera ketika serbuan Israel di Jenin di Tebing Barat yang diduduki.

Sumber memberitahu agensi berita rasmi Palestin, Wafa bahawa pasukan khas Israel menyerbu kem itu bersama-sama puluhan kenderaan tentera.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, bapa kepada tiga orang anak itu ditembak di kepala oleh tentera Israel di hadapan hospital.

Sementara itu, Mateen Dabaya, 20, turut terbunuh dan lima lagi rakyat Palestin cedera ketika serbuan di kem pelarian Jenin.

Puluhan rakyat Palestin dilaporkan terbunuh dalam beberapa bulan kebelakangan ini ketika serbuan Israel hampir setiap hari di seluruh Tebing Barat. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button