Berita Utama

Keputusan SPMU 2020 dikeluarkan Khamis depan

Calon boleh buat semakan secara dalam talian

KUALA LUMPUR, 18 Rabiulawal 1444H, Sabtu – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2022 akan dikeluarkan pada Khamis depan (20 Oktober).

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, calon boleh membuat semakan keputusan tersebut secara dalam talian menerusi pautan myresultspmu.moe.gov.my bermula 10 pagi pada 20 Oktober hingga 6 petang 26 Oktober ini.

Selain itu, calon juga boleh memperoleh keputusan secara khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan SPMU dengan menaip ‘SPMU (jarak) Nombor Kad Pengenalan (jarak) Angka Giliran’ dan hantar ke 15888.

SPMU 2022 yang dilaksanakan pada 12 hingga 14 September lepas, melibatkan 7,720 calon di 209 pusat peperiksaan di seluruh negara. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button