Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Penjagaan paliatif perlu diperluas untuk semua

Rakyat Malaysia berhak menerima penjagaan paliatif berkualiti tinggi

KUALA LUMPUR, 18 Rabiulawal 1444H, Sabtu – Akses kepada penjagaan paliatif perlu diperluas kepada semua peringkat sistem penjagaan kesihatan bagi membolehkan setiap pesakit yang didiagnos dengan masalah kesihatan serius menikmati penjagaan itu.

Justeru, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata golongan profesional penjagaan kesihatan harus mempunyai kefahaman asas mengenai bagaimana mengenal pasti pesakit yang memerlukan penjagaan paliatif.

“Setiap rakyat Malaysia berhak untuk menerima penjagaan paliatif yang berkualiti tinggi dan menepati standard etika penjagaan kesihatan negara.

“Ia memerlukan lebih banyak penyertaan dan sumbangan daripada apa yang ditawarkan oleh perkhidmatan penjagaan kesihatan formal,” katanya ketika berucap pada Makan Malam Gala Hospis Malaysia di sini.

Bertemakan ‘Healing Heart and Communities’, makan malam dwitahunan itu meraikan 30 tahun sumbangan Hospis Malaysia dalam menambah baik akses kepada penjagaan paliatif untuk populasi negara.

Organisasi kebajikan itu, yang ditubuhkan pada 1991, menyediakan penjagaan paliatif di rumah, sesi rehabilitasi, penjagaan paliatif untuk pesakit luar dan perkhidmatan panggilan kecemasan 24 jam.

Khairy berjaya tujuan penjagaan paliatif ialah untuk menyediakan kualiti hidup terbaik kepada pesakit dan keluarga mereka serta melibatkan semua jenis pesakit dan penyakit.

“Pesakit berhak mendapat kualiti penjagaan terbaik. Di sinilah anda boleh memainkan peranan dalam masyarakat,” katanya.

Menekankan pada penjagaan paliatif komuniti sebagai satu komponen penting perkhidmatan penjagaan paliatif secara menyeluruh, Khairy berkata ia menawarkan kesinambungan penjagaan kepada pesakit selepas dibenarkan keluar daripada hospital.

“Khidmat komuniti membantu pesakit untuk berada di rumah lebih lama dan membantu mengurangkan kemasukan kecemasan ke hospital,” katanya.

Khairy berkata khidmat komuniti turut membantu meningkatkan keyakinan anggota keluarga untuk menjaga pesakit di tempat yang selesa bagi mereka. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button