Dunia

71 juta penduduk dunia miskin akibat perang Russia-Ukraine

Bank Dunia anggar angka akan meningkat 75 hingga 95 juta

GENEVA, 19 Rabiulawal 1444H, Ahad – Kira-kira 71 juta orang berdepan kemiskinan akibat perang berterusan antara Russia-Ukraine, menurut Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).

UNDP dalam laporannya berkata, kesan perang terhadap harga makanan dan tenaga dijangka meningkatkan jumlah penduduk miskin di dunia.

Menurut laporan mengenai kesan perang Russia-Ukraine, kira-kira 51 juta orang jatuh di bawah garis kemiskinan dalam tiga bulan pertama konflik yang bermula pada 24 Februari lalu.

Selain meningkatkan jumlah orang miskin di dunia kepada sembilan peratus, perang juga menyebabkan pendapatan harian sekitar 20 juta orang jatuh di bawah garis kemiskinan AS$3.20 di negara berpendapatan rendah-sederhana.

Sementara itu, pandemik COVID-19 juga mengakibatkan sehingga 163 juta orang jatuh di bawah paras kemiskinan tahun lalu.

Bank Dunia menganggarkan bahawa tahun ini angka berkenaan akan meningkat sebanyak 75 hingga 95 juta.

Bahkan, inflasi makanan dijangka terus menekan golongan miskin, sementara dianggarkan dua pertiga daripada pendapatan per kapita akan dibelanjakan untuk peruntukan makanan di negara berpendapatan rendah.

Manakala, kadar ini dijangka mencapai satu perempat daripada pendapatan di negara maju.

Bank Dunia berkata, ia merancang untuk mengurangkan nisbah golongan miskin kepada tiga peratus menjelang 2030 sebagai sasaran sukar dicapai berdasarkan unjuran pra-pandemik. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button