Berita Utama

Enam rumah terjejas akibat banjir kilat di Kangar: APM

Berlakunya hujan lebat di sekitar Perlis sejak semalam

KANGAR, 19 Rabiulawal 1444H, Ahad – Sebanyak enam rumah di Kampung Sentua terjejas dalam kejadian banjir kilat selepas hujan lebat di sekitar negeri ini sejak semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis Lt. Kol. (PA) Mohd Izaimi Mohd Daud berkata setakat ini, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dan anggotanya telah melakukan tinjauan di kawasan terjejas banjir dan memberi bantuan awal kepada mangsa.

“Daripada pemerhatian APM, setakat ini empat kawasan iaitu Kampung Seriab, Kampung Sentua dan Kampung Bakau termasuk di Taman Kuala Perlis di Kuala Perlis telah dinaiki air pada paras buku lali,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mohd Izaimi berkata pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), polis dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk memastikan keselamatan orang awam terjaga.

Beliau turut menasihati orang ramai agar mematuhi arahan pihak berkuasa, meletakkan barangan berharga di tempat tinggi dan memastikan anak-anak mereka tidak bermain air ketika musim hujan ini bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button