Berita Utama

KJ lepaskan kerusi Parlimen Rembau kepada Tok Mat

BN akan berusaha mendapatkan kerusi Parlimen yang sesuai untuk Khairy

SEREMBAN, 19 Rabiulawal 1444H, Ahad – Khairy Jamaluddin secara terbuka mengumumkan memberi laluan kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk bertanding di Parlimen Rembau.

Sebelum ini situasi dilihat hangat selepas Mohamad mengumumkan hasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen itu yang disandang Khairy sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

Difahamkan, Khairy membuat pengumuman itu secara hati ke hati ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau hari ini.

Ketika diminta mengulas, Mohamad berkata, BN akan berusaha mendapatkan kerusi Parlimen yang sesuai untuk Khairy.

“Kita tak mahu bakat beliau itu hilang begitu sahaja.

“Kita cuba cari tempat yang sesuai untuk beliau bertanding pada PRU15,” katanya seperti dilapor Malaysia Gazette.

Timbul spekulasi tentang kerusi-kerusi Parlimen yang mungkin ditandingi Khairy termasuk Port Dickson, Tampin dan Putrajaya.

Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi BN bersyukur kerana soal calon kerusi Parlimen Rembau dapat dibincangkan dalam semangat kekeluargaan.

“Kami ni beradat, kami beradat dalam terang,” jelasnya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button