Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Nurul Izzah nafi dakwaan rundingan sulit UMNO-PKR

Dilaporkan dua parti tersebut bakal bekerjasama pada PRU15

GEORGE TOWN, 19 Rabiulawal 1444H, Ahad – Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini menafikan dakwaan bahawa parti itu sedang mengadakan rundingan sulit bersama UMNO, untuk bekerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Sudah terang lagi bersuluh kekecewaan, kami selaku ahli Parlimen yang tidak mahu Parlimen dibubarkan kerana ia mengheret seluruh rakyat Malaysia untuk berhadapan dengan bahaya bencana alam dan musim tengkujuh.

“Kita tidak mahu menerima pakai politik begini dan ini sekadar khabar angin yang tidak sihat menjelang PRU,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Pelancaran Jelajah Prihatin Deepavali Keadilan Pulau Pinang di sini hari ini.

Sebelum ini media melaporkan Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa, perbincangan sulit itu dilakukan antara pasukan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pasukan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button