Dunia

Pelampau Israel serang sekolah, bakar bilik darjah

Beberapa tingkap pecah, peralatan lain di sekolah rosak

NABLUS, 19 Rabiulawal 1444H, Ahad – Puak pelampau Israel menyerang sebuah sekolah dan membakar bilik darjah di kampung Urif, selatan Nablus di Tebing Barat malam Sabtu, menurut sumber tempatan.

Aktivis Palestin setempat, Ghassan Daghlas berkata, sekumpulan peneroka Israel dari penempatan berdekatan Yitzhar telah menyelinap masuk ke kampung itu pada tengah malam, dan menyerang sebuah sekolah.

Serangan itu menyebabkan beberapa tingkap sekolah pecah, selain bilik darjah dibakar dan merosakkan beberapa peralatan lain.

Kejadian berlaku di tengah-tengah peningkatan sekatan tentera Israel di wilayah itu, termasuk serangan peneroka ekstremis Yahudi ke atas komuniti Palestin.

Penempatan Israel Yitzhar sangat terkenal dengan komuniti peneroka Yahudi yang kebelakangan ini sering melakukan serangan terhadap rakyat dan harta benda Palestin.

Tindakan melampau kumpulan itu termasuklah membakar, melontar batu, mencabut tanaman dan pokok zaitun serta serangan ke atas rumah.

Lebih 600,000 warga Israel tinggal di penempatan Yahudi di Baitulmaqdis Timur yang diduduki dan Tebing Barat – yang melanggar undang-undang antarabangsa. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button