Berita Utama

Pastikan kerajaan baharu nanti bukan diterajui UMNO

Pilihan raya musim tengkujuh susahkan rakyat

BANGI, 20 Rabiulawal 1444H, Isnin – Rakyat perlu mengambil peluang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, dengan memastikan kerajaan yang akan dibentuk adalah sentiasa memikirkan mengenai nyawa dan nasib rakyat.

Ia bukan lagi kerajaan yang diterajui oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang terpalit dengan isu-isu integriti, kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bekas Perdana Menteri itu dalam satu kenyataan di Facebook turut menjelaskan beberapa isu semasa khususnya pembubaran Parlimen yang membawa kepada PRU15.

“Bukan kerana kita takut atau gentar untuk bertanding tetapi kita lebih prihatin terhadap kesusahan hidup dan keselamatan nyawa rakyat kerana diadakan pada musim hujan atau tengkujuh yang kemungkinan membawa kepada banjir besar.

“Bayangkanlah jika diadakan ketika musibah banjir melanda, bagaimana kerajaan hendak mengurus perjalanan pilihan raya.

“Pada masa yang sama sibuk mengangkut mangsa ke pusat pemindahan banjir, menjaga kesihatan dan keselamatan nyawa penduduk terlibat, menyediakan makan minum mangsa dan memastikan setiap mangsa mendapat hak untuk menunaikan tanggungjawab mengundi,” katanya.

Muhyiddin juga menjelaskan situasi berkenaan dilihat sebagai tidak munasabah dan menyusahkan hidup rakyat yang sebelum ini sudah terkesan teruk akibat pandemik COVID-19.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button