Berita UtamaIstimewa

Strategi parti punca beberapa negeri enggan bubar DUN

Panjangkan konflik politik yang sepatutnya selesai selepas PRU

Oleh Zuhayati Yazid

BANGI, 20 Rabiulawal 1444H, Isnin – Keputusan beberapa negeri yang enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN), dilihat lebih kepada strategi parti untuk menang pilihan raya.

Penganalisis politik, Dr Azmi Hassan yakin enam negeri yang tidak membubarkan DUN mahu melihat pola pengundian rakyat pada PRU15, sebelum menentukan strategi untuk berdepan PRN negeri masing-masing.

“Hakikatnya pendekatan ini sangat membebankan pengundi, walaupun alasan mahu memberi tumpuan musim tengkujuh.

“Sangat merugikan masa, bahkan kos pengurusan pilihan raya akan meningkat berkali ganda.

“Langkah ini sebenarnya menyukarkan lagi proses pilihan raya berikutan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpaksa membelanjakan RM1 bilion bagi enam negeri yang bubar DUN serentak selepas PRU15,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Sebelum ini, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan, parti itu kekal dengan pendirian tidak membubarkan DUN Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Begitu juga Majlis Presiden PH, memutuskan tiga negeri ditadbir gabungan itu iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang juga tidak akan membubarkan DUN masing-masing.

Mengulas lanjut, Azmi menegaskan, keputusan tidak membubarkan DUN hanya memakan diri sendiri selain ‘memusnahkan’ emosi dan perasaan pengundi.

Lebih teruk, langkah ini dilihat boleh memanjangkan lagi konflik politik yang sepatutnya selesai selepas tamat pilihan raya

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button