Berita UtamaDunia

Rakyat Palestin terus jadi mangsa rakus rejim penjajah

Puluhan kenderaan berperisai serbu kem pelarian

TEBING BARAT, 21 Rabiulawal 1444H, Selasa – Dua rakyat Palestin menjadi mangsa terbaharu rejim penjajah Israel dalam serbuan di Kem Pelarian Jenin, utara Tebing Barat.

Serangan dipercayai berlaku selepas pertempuran antara pasukan keselamatan negara haram Israel dan penduduk Palestin di kem berkenaan.

Agensi berita Palestin, Wafa melaporkan, puluhan kenderaan berperisai menyerbu kem sehingga rakyat Palestin mengadakan protes di luar hospital kerajaan.

Zionis didakwa melakukan operasi di kem pelarian, namun tidak mengulas lanjut mengenai perkara terbabit.

Sejak kematian 19 orang rakyatnya, tentera haram Israel sering melakukan serbuan dan tangkapan di Tebing Barat.

Operasi yang dijalankan bertujuan untuk menumpaskan infrastruktur rakyat Palestin.

Bagaimanapun, rakyat Palestin menyifatkan serbuan di penempatan mereka sebagai tindakan pencerobohan bagi meluaskan jajahan Israel selain untuk melemahkan pasukan keselamatan.

Sehingga kini serbuan dilakukan Zionis telah meragut 120 nyawa rakyat Palestin, menjadikan ia sebagai tragedi terburuk sejak 2015.

Kebanyakan yang terkorban terdiri daripada remaja serta orang awam. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button