Berita Utama

KDN teliti dakwaan ejen Mossad Israel masuk Malaysia

Pemerhatian sedang dilakukan secara menyeluruh

BANGI, 21 Rabiulawal 1444H, Selasa – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti dakwaan kemasukan ejen perisikan Israel, Mossad yang menculik seorang warga Palestin seperti yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pemerhatian sedang dilakukan secara menyeluruh dan jika perlu tangkapan akan dapat diambil serta-merta.

“Sesiapa sahaja yang masuk ke dalam negara kita ini, mereka perlu ada dokumen sah. Jadi bila kita ada maklumat yang mengatakan ada orang masuk menggunakan dokumen tidak sah, kita akan pantau.

“Akhirnya, kalau kita rasa sudah sampai masa kita tangkap mereka, kita akan ambil tindakan sewajarnya,” katanya seperti dipetik media tempatan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan akhbar tempatan yang mendakwa ejen perisikan Israel, Mossad telah memasuki negara ini dalam usaha mereka mengesan dan menculik warga Palestin yang mereka percaya sebagai aset Briged Hamas al-Qassam.

Terdahulu, New Straits Times (NST) melaporkan, tindakan ejen perisik berkenaan yang telah menyesuaikan taktik untuk tidak meninggalkan kesan pembabitan mereka selain dipercayai merekrut aset tempatan untuk membantu rejim Zionis memburu anggota Hamas di Malaysia.

Pautan terdahulu;

Mossad Israel rekrut rakyat Malaysia culik anggota Hamas


https://ismaweb.net/2022/10/18/1wanita-malaysia-jadi-pengintip-mossad-israel/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button