Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Perlu pelan tindakan menyeluruh persediaan negara tua

Yang ada hari ini tak cukup, mesti babitkan semua pihak

BANGI, 21 Rabiulawal 1444H, Selasa – Pelan tindakan menyeluruh diperlukan di semua peringkat agensi kerajaan sebagai persediaan komprehensif menjadi negara tua menjelang 2030.

Pelan tindakan itubukan hanya di peringkat Kementerian Kesihatan (KKM), tetapi membabitkan semua sektor dalam kerajaan serta komuniti, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

“Persediaan pelan tindakan yang ada, memang tidak mencukupi, kita tahu negara akan mempunyai lebih ramai warga emas atau masyarakat menua berbanding orang muda menjelang 2030.

“Saya menyarankan pelan tindakan itu akan meliputi soal perumahan, pengangkutan, simpanan, kesejahteraan ekonomi dan sara hidup kumpulan warga emas.

“Ini kerana kesan daripada peningkatan populasi warga emas ini, kita akan melihat kos penjagaan kesihatan sangat tinggi dan impak bebanan dalam bentuk kewangan serta tanggungjawab yang tinggi kepada ahli keluarga,” katanya seperti dilapor Harian Metro, hari ini.

Terdahulu beliau melancarkan Sambutan Hari Warga Emas Tahun 2022 Peringkat Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.

Kesedaran mengenai penuaan sangat diperlukan sebagai persediaan menghadapi usia tua sama ada dari segi emosi, kewangan, kesihatan, persekitaran atau minda.

Katanya, peranan berkenaan perlu dimainkan semua pihak termasuk komuniti dan badan bukan kerajaan (NGO) agar satu rangkaian sokongan efektif dapat diwujudkan untuk kesejahteraan semua peringkat.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button