Berita Utama

Tun M mahu selesaikan isu hilang tanah, kemiskinan orang Melayu

Rakyat boleh pilih nak diperintah Melayu penjenayah atau Melayu bebas

BANGI, 21 Rabiulawal 1444H, Selasa – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, orang Melayu hanya mahu diperintah oleh kerajaan yang didominasi Melayu.

Justeru, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, rakyat boleh memilih sama ada mahu terus diperintah Melayu penjenayah dalam UMNO atau Melayu yang bebas daripada kes jenayah.

Pengerusi Penaja GTA itu berkata, Melayu yang bebas daripada kes jenayah adalah daripada parti pejuang serta rakan kerjasama, yang semuanya adalah Melayu.

Pejuang mewakili empat parti politik Melayu iaitu Pejuang, Putra, Iman dan Berjasa serta ramai orang Melayu yang tidak dibenar aktif dalam politik, katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, beliau memberi jaminan untuk menyelesaikan masalah orang Melayu, terutama kemiskinan dan kehilangan tanah yang menjadi tumpuan utama dalam agenda Pejuang.

Beliau turut memberi jaminan bahawa keluhuran undang-undang akan dihormati.

“Kuasa tidak akan disalah guna, rasuah akan diperangi, kos sara hidup akan diturun.

“Malah negara akan dipulihkan sehingga kembali menjadi Harimau Asia,” katanya

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button