Berita UtamaIstimewa

Bahaya BSD, jenayah syariah bakal terhapus

Pertahankan hak kita, berani nyatakan bantahan

BANGI, 22 Rabiulawal 1444H, Rabu – Rakyat yang memegang teguh kepada asas Perlembagaan wajar bangkit menolak dan membantah penggunaan Doktrin Struktur Asas (BSD) oleh Mahkamah Persekutuan.

Pengamal undang-undang, Lukman Sheriff berkata, ramai masih tidak tahu bahawa ada dua masalah besar di mahkamah iaitu BSD dan kes Iki Putra.

Jelasnya, BSD memberi kuasa kehakiman sepenuhnya ke atas mahkamah sivil bagaimanapun Mahkamah Syariah tiada kuasa kehakiman.

“Keduanya Iki Putra yang kita kalah 9-0. Tak mungkin kita menang lagi apabila hakim hampir sama.

“Selagi mana kita tidak berani mempertahankan hak kita, selagi itu ‘keretapi’ meluru tanpa batasan. Selagi itu kita dipijak,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Menurutnya, menerusi pelaksanaan itu juga jenayah syariah bakal terhapus dan luput.

Dalam kes ini katanya, bukan sahaja hudud dicabar tetapi juga jenayah syariah sedia ada seperti berjudi dan minum arak.

“Kalau ini jatuh seluruh undang-undang negeri lain pun jatuh. Bukan sahaja yang kita kejar tak dicapai yang terkendong pun tercicir.

“Kita mesti bangkit. Berapa lama kita hendak duduk diam? Kita perlu berani nyatakan kepada mahkamah bahawa kita tolak dan bantah BSD. Lepas itu kita pinda Perlembagaan.

“Mahkamah Syariah adalah satu institusi yang beratus tahun sejarahnya. Dulu gah mempunyai bidang kuasa luas sehinggalah British datang.

“Itupun British akui Islamic law adalah ‘law of the land’. Kini mahkamah tetapkan Mahkamah Syariah hanya tahap tribunal bawahan tiada berbeza dari tribunal konsumer,” katanya kesal.

Justeru, Lukman mengajak semua pihak bangit dan menyatakan bantahan mereka di pautan https://chng.it/7TqW2hFwz6

Pautan berkaitan;
https://ismaweb.net/2022/10/18/1percayalah-doktrin-basic-structure-akan-digunakan-untuk-membatalkan-kesalahan-syariah/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button