Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Hentikan layanan istimewa pada banduan pembesar

Dunia ketawa banduan nasihat kerajaan mengenai pentadbiran

BANGI, 22 Rabiulawal 1444H, Rabu – Tun Dr Mahathir Mohamad menuntut semua pihak berhenti memberikan layanan istimewa kepada banduan daripada kalangan pembesar.

Tanpa menamakan mana-mana individu, Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) itu berkata, dunia ketika ini ketawa kerana banduan hadir Dewan Rakyat untuk menasihat kerajaan mengenai pentadbiran.

“Tidak hairanlah huru-hara berlaku dalam negara. 

“Jika Mahiaddin dijatuhkan kerana hilang majoriti dan diganti dengan Ismail Sabri, kenapa kehilangan sokongan, Ismail tidak letak jawatan dan partinya naikkan Perdana Menteri lain. Tidak perlu bubar Parlimen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, beliau meminta semua pihak supaya menghentikan sebarang bentuk layanan istimewa kepada golongan banduan tertentu yang sudah melakukan jenayah besar.

“Tetapi banduan yang curi RM10 digari dan dipenjara serta-merta,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button