Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Palestin sambut baik keputusan Australia, bukti kegagalan diplomatik Israel

Baitulmaqdis akan sentiasa jadi perjuangan rakyat

RAMALLAH, 22 Rabiulawal 1444H, Rabu – Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh memuji keputusan Australia menarik balik pengiktirafan kerajaan terdahulu yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Beliau berkata, tindakan itu membuktikan penghormatan dan penjajaran Australia dengan nilai-nilai kebenaran, keadilan dan kebebasan serta hak-hak sah rakyat Palestin.

Berikutan itu, Shtayyeh berharap Australia kini akan mengiktiraf negara Palestin di sempadan 4 Jun 1967 dan Baitulmaqdis adalah ibu negaranya.

Selain itu, pegawai kanan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Hussein Al-Sheikh menerusi akaun Twitter berkata, pihaknya menghargai keputusan Australia mengenai Baitulmaqdis dan gesaannya untuk penyelesaian dua negara di bawah legitimasi antarabangsa.

Katanya, PLO menyambut baik penegasan Australia bahawa masa depan kedaulatan ke atas Baitulmaqdis bergantung pada penyelesaian tetap berdasarkan mengenai legitimasi antarabangsa, yang merupakan penyelesaian dua negara.

Sementara itu, pegawai Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), Basim Naeim menyifatkan keputusan itu sebagai langkah ke arah yang betul untuk keamanan dan kestabilan dunia.

Bahkan ia bukti baharu kegagalan diplomatik Israel.

“Baitulmaqdis akan sentiasa menjadi teras perjuangan kebebasan rakyat Palestin menentang pendudukan Israel.

“Penjajah Israel telah cuba untuk mengenakan realiti baharu untuk bagi hak rakyat Palestin, secara terang-terangan mengabaikan undang-undang antarabangsa mengenai Baitulmaqdis dan kesuciannya,” katanya.

Beliau juga menggesa masyarakat antarabangsa untuk mendesak pemimpin Israel bertanggungjawab terhadap jenayah perang dan kemanusiaan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin. – Agensi

Pautan terdahulu;
https://ismaweb.net/2022/10/18/australia-batal-keputusan-iktiraf-baitulmaqdis-ibu-negara-israel/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button