Dunia

Singapura buka pejabat perwakilan di Palestin

600 kakitangan awam, pelajar Palestin terima latihan dan biasiswa

RAMALLAH, 22 Rabiulawal 1444H, Rabu – Republik Singapura kini membuka pejabat perwakilan baharu ke negara Palestin di bandar Ramallah, Tebing Barat.

Menteri Luar Negeri dan Ekspatriat, Riyat Maliki berkata, pembukaan pejabat itu dianggap satu peristiwa penting dalam pengiktirafan dan hubungan Singapura dengan Palestin.

Berucap dalam perasmian, beliau berhasrat supaya hubungan diplomatik dua hala dapat dicapat pada tahap yang lebih maju secepat mungkin.

Riyat menekankan kepentingan hubungan dua hala dengan Singapura dan peranan keduanya dalam meningkatkan kapasiti ramai pekerja dan pelajar Palestin.

Merujuk sokongan pembinaan kapasiti yang disediakan oleh Singapura kepada institusi kerajaan, beliau menegaskan bahawa kira-kira 600 kakitangan awam Palestin menerima latihan pembinaan kapasiti, termasuk jumlah pelajar yang diberikan biasiswa di universiti republik itu.

Katanya, Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh juga dijadualkan melawat Singapura pada 26 Oktober ini, sekali gus berharap lawatan itu mencapai kemuncak persefahaman. 

Majlis perasmian semalam dihadiri Menteri Kedua bagi Hal Ehwal Luar Singapura, Mohamad Maliki Osman, Wakil Residen Singapura ke Palestin, Hawazi Daipi dan Pengarah Kehormat, Shireen Shelleh. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button