Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

25 penduduk Palestin cedera sekatan hari ke-9 di Nablus

Peneroka haram Israel serang, tikam sukarelawan asing

NABLUS, 23 Rabiulawal 1444H, Khamis – Kira-kira 25 penduduk Palestin dan sukaralewan asing diserang peneroka haram Israel dalam sekatan rejim Zionis yang memasuki hari kesembilan di bandar Nablus, Tebing Barat, semalam.

Memetik agensi berita Wafa, seorang sukarelawan asing dilaporkan ditikam oleh peneroka haram Israel ketika cuba membantu petani memetik buah zaitun di ladang di Kampung Kisan di Baitulmaqdis sehingga menyebabkan mangsa patah kaki.

Beberapa sukarelawan lain yang cuba membantu petani di kawasan berkenaan turut diserang ketika membantu memetik 300 pokok zaitun milik petani, Ibrahim Abayyat.

Lebih malang, peneroka berkenaan turut bertindak jahat dengan menyembur racun kimia pada pokok-pokok zaitun di ladang itu.

Kampung Kisan menjadi penempatan haram didiami peneroka yang sering menyerang penduduk Palestin di ladang pokok zaitun.

Peneroka haram bertindak kejam apabila turut menyerang petani-petani di perkampungan berhampiran di Jamaeen, selatan Nablus, memaksa petani meninggalkan ladang berkenaan.

Semalam, peneroka haram berkenaan menyerang petani di Hebron dan Wadi Salam kawasan utara Tukarm, barat laut Tebing Barat. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button