Berita UtamaDunia

Arab Saudi puji langkah Australia teguh bersama Palestin

Gesa usaha antarabangsa penuhi aspirasi tubuh negara merdeka

RIYADH, 23 Rabiulawal 1444H, Khamis – Arab Saudi menyambut baik keputusan Australia untuk menarik balik pengiktirafan Baitulmaqdis Barat sebagai ibu negara pengganas Israel.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Arab Saudi mengulangi sokongan tidak berbelah bahagi kerajaan terhadap rakyat Palestin.

Arab Saudi menggesa supaya menyatukan usaha antarabangsa untuk mencari penyelesaian yang adil bagi isu Palestin, dengan cara memenuhi aspirasi rakyatnya untuk menubuhkan sebuah negara merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

“Ia selaras dengan undang-undang antarabangsa dan Inisiatif Keamanan Arab,” katanya.

Terdahulu, Menteri Luar, Penny Wong berkata, Australia kekal sebagai penyokong teguh rakyat Palestin.

Rakyat Palestin memuji langkah berkenaan sebagai keputusan yang bijak dan berani. – Agensi

Pautan terdahulu;

https://ismaweb.net/2022/10/18/australia-batal-keputusan-iktiraf-baitulmaqdis-ibu-negara-israel/
https://ismaweb.net/2022/10/19/palestin-sambut-baik-keputusan-australia-bukti-kegagalan-diplomatik-israel/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button