Berita Utama

Kerjasama GTA-PN mampu jadi wadah politik era baharu

BERJASA sentiasa terbuka terima kerjasama demi penyatuan Melayu-Islam

BANGI, 24 Rabiulawal 1444H, Jumaat – BERJASA yakin kerjasama antara Gerakan Tanah Air (GTA) dan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mampu menjadi wadah politik era baharu.

Presidennya, Haji Zamani Ibrahim berkata, pihaknya sentiasa terbuka menerima sebarang keputusan terhadap kerjasama rentas gabungan sekiranya berlaku.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa terbuka dan tidak berdepan masalah untuk melakukan kerjasama demi penyatuan Melayu-Islam di negara ini.

“Sebagai parti yang sentiasa mendokong kerjasama demi penyatuan umat Melayu-Islam, BERJASA sentiasa terbuka dan berjiwa besar untuk menerima idea kerjasama GTA-PN dalam mendepani PRU15,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Zamani berkata, model politik GTA diyakini boleh membentuk sebuah kepimpinan negara yang lebih jitu.

Justeru jelasnya, GTA perlu mengetepikan soal dendam lama dalam politik demi melindungi negara daripada segala bentuk penyelewengan dan kejahatan politik.

“Melalui GTA semua pihak berada di bawah satu payung yang sama, yang menegakkan prinsip perjuangan yang sama.

“Kekuatan parti-parti politik yang dinamik digembleng bersama puluhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tokoh nasional yang berwibawa bakal membawa era perubahan yang positif untuk tanah air,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, gerakan itu sedang menilai kemungkinan mempertimbangkan kerjasama dengan PN bagi menghadapi PRU15.

Dr Mahathir berkata, pihaknya bersedia bekerjasama dengan PN yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin jika gabungan itu sependapat dengan GTA serta tidak terbabit dengan perkara yang bertentangan dengan dasar dan prinsipnya.

Pautan berkaitan;

GTA perlu maslahat besar berdepan instrumen politik mahu kekal berkuasa

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button