Berita UtamaDunia

Korban sakit buah pinggang akut meningkat di Indonesia

133 kanak-kanak maut berbanding 99 orang dilapor sebelum ini

JAKARTA, 25 Rabiulawal 1444H, Sabtu – Indonesia mengesahkan 133 kanak-kanak meninggal dunia akibat kecederaan buah pinggang akut (AKI) berbanding 99 orang yang dilaporkan sebelum ini.

Menteri Kesihatan Indonesia, Budi Gunadi Sadikin berkata, kematian itu adalah antara 241 kes di 22 wilayah dan kebanyakannya adalah kanak-kanak di bawah umur lima tahun.

Katanya, beberapa sirap ubat yang terdapat di Indonesia mengandungi etilena glikol dan dietilena glikol, bahan yang dikaitkan dengan AKI yang membawa maut pada kanak-kanak.

Susulan itu, Indonesia telah mengharamkan sementara penjualan dan preskripsi semua ubat berasaskan sirap berkenaan.

Pada masa sama, pasukan pakar yang terdiri daripada pegawai kesihatan dan pediatrik tempatan serta wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut dibentuk untuk melihat peningkatan AKI dalam kalangan kanak-kanak.

Agensi makanan dan ubat negara itu juga telah menamakan lima produk buatan tempatan yang mengandungi paras etilena glikol yang berlebihan dan telah mengarahkan pengeluar menghentikan pengedaran serta melupuskan bekalan sedia ada.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button