Berita UtamaDunia

Sri Lanka pinda Perlembagaan kurangkan kuasa eksekutif presiden

Lulus majoriti dua pertiga meski pembangkang bantah langkah itu

COLOMBO, 25 Rabiulawal 1444H, Sabtu – Parlimen Sri Lanka meluluskan pindaan Perlembagaan negara bagi mengurangkan kuasa eksekutif presiden, meningkatkan perlindungan antirasuah serta mencari jalan menyelesaikan krisis kewangan.

Sri Lanka kini berdepan krisis kewangan sekali gus menjejaskan bayaran untuk barangan import penting termasuk bahan api, makanan, gas memasak dan perubatan.

Rakyat menyalahkan bekas Presidennya, Gotobaya Rajapaksa berikutan memperkenalkan pelbagai polisi yang salah termasuk pemotongan cukai sehingga menyebabkan negara berdepan krisis kewangan yang kritikal.

Selain lambat membuat keputusan untuk mendapat bantuan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), krisis itu sekali gus menyebabkan Sri Lanka gagal membayar hutang luar.

Sementara itu, Menteri Perundangan, Wijedasa Rajapakshe memberitahu Parlimen, pindaan berkenaan bukan sahaja membantu membawa perubahan sistem yang dituntut rakyat Sri Lanka, tetapi diyakini mendapat program IMF serta bantuan antarabangsa lain yang berpotensi membina semula ekonomi negara.

Bulan lepas, Sri Lanka menandatangani perjanjian awal dengan IMF untuk mendapat pinjaman sebanyak AS$2.9 bilion.

Bagaimanapun, pindaan Perlembagaan telah mendapat bantahan daripada parti pembangkang yang menyelar langkah itu.

Mereka turut mendakwa pindaan berkenaan adalah tindakan yang tidak meluas dan menjamin akauntabiliti serta mampu mengurangkan kuasa kerajaan.

“Ini hanya langkah sementara dengan kuasa presiden dan pindaan itu tidak melaksanakan perubahan ketara,” kata penyelidik kanan di Pusat Dasar Alternatif, Bhavani Fonseka.

Namun, pindaan berkenaan diluluskan dengan majoriti dua pertiga seperti yang diperlukan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button