Berita UtamaDunia

Turkiye bela Arab Saudi, kritik tekanan AS isu minyak

Washington ancam keputusan Riyadh kurangkan pengeluaran minyak OPEC

ISTANBUL, 25 Rabiulawal 1444H, Sabtu – Turkiye memutuskan untuk memihak kepada Riyadh berikutan tindakan Amerika Syarikat (AS) yang mahu memberi tekanan terhadap Arab Saudi selepas membuat keputusan menghadkan pengeluaran minyak.

Menteri Luar Turkiye, Mevlut Cavusiglu berkata, AS tidak sepatutnya memberi tekanan kepada Arab Saudi selepas Pertubuhan Negara Pengeluar Petroleum (OPEC) membuat keputusan untuk mengurangkan pengeluaran.

“Kami melihat negara itu mengancam Arab Saudi sejak akhir-akhir ini dan tindakan berkenaan adalah perbuatan yang salah,” kata Cavusoglu dalam sidang media di selatan Turkiye seperti dipetik Reuters.

Minggu lepas, Presiden Joe Biden berkata, akan ada akibat kepada hubungan AS dengan Arab Saudi berikutan keputusan  OPEC mahu menghadkan pengeluaran minyak.

Sementara itu, Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan berkata, keputusan untuk mengurangkan pengeluaran minyak OPEC disebabkan hal ekonomi dan dibuat mengikut suara sepakat oleh negara anggota.

Cavusoglu berkata, tidak wajar kepada AS menggunakan alasan ini sebagai elemen memberi tekanan kepada Arab Saudi dan negara lain.

Sejak tahun ini, Turkiye telah berusaha mengembalikan semula hubungan dengan Arab Saudi yang tegang sebelum ini berikutan isu pembunuhan Wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi di Istanbul pada 2018. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button