Berita Utama

Kini masa NGO, tokoh individu beraksi di gelanggang politik

GTA saluran terbaik selesaikan isu pokok melanda negara

BANGI, 27 Rabiulawal 1444H, Isnin – Sudah diketahui umum Gerakan Tanah Air (GTA) bukan sekadar ditunjangi parti politik, malahan gerakan rakyat yang dizahirkan melalui gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tokoh individu (NGI).

Dikenali sebagai Gagasan Bangsa (GB), ia satu elemen penting yang mengiktiraf hasil usaha NGO dan NGI.

Dalam satu kenyataan, parti BERJASA menjelaskan, penubuhan GB telah mengangkat tinggi martabat Melayu dan Islam – yang dizahirkan oleh NGO serta NGI dalam setiap inisiatif dan program yang telah mereka jalankan.

NGO dan NGI elemen penting dalam GTA kerana mereka lebih memahami denyut nadi rakyat.

“Senario pahit yang terpaksa ditelan oleh NGO dan NGI apabila mereka ‘ditunggang’ oleh ahli politik yang mengambil kesempatan.

“Tenaga sudah dikerahkan, dana sudah dibelanjakan, namun ‘sapi yang dapat nama’,” katanya.

Bagaimanapun, berbeza dengan parti politik lain, GTA membawa satu nafas baharu buat kepimpinan NGO dan NGI untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi di saf kepimpinan gerakan itu.

Justeru, kini tiba masanya untuk NGO dan NGI beraksi di gelanggang sebenar khususnya memberi khidmat secara aktif di dalam arena politik tanah air bagi merealisasikan segala idea bernas yang selama ini mereka perjuangkan.

“Segala pengalaman dan kekuatan yang ada, wajib disalurkan di platform yang tepat agar dapat menyelesaikan segala isu pokok yang melanda negara selama ini.

“Inilah satu-satunya platform politik untuk NGO dan NGI menyalurkan cadangan dan idea untuk direalisasikan bersama.

“Gagasan Bangsa sentiasa membuka ruang perbincangan bersama NGO dan NGI lain demi agama, bangsa dan negara,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button