Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Aplikasi WhatsApps alami gangguan

Pengguna tidak boleh kirim atau terima mesej sejak petang ini

BANGI, 28 Rabiulawal 1444H, Selasa – Perkhidmatan aplikasi media sosial, WhatsApp dilaporkan sedang mengalami masalah teknikal menyebabkan pengguna tidak boleh mengirim mahupun menerima mesej.

Perkhidmatan yang dimiliki syarikat gergasi, Meta itu dilaporkan tidak dapat diakses melalui web atau aplikasi telefon pintar.

Menurut laman sesawang DownDetector, masalah itu dikesan berlaku pada jam 3 petang ini.

Laporan itu juga menyatakan bahawa lebih 400 pengguna perkhidmatan berkenaan sudah mengemukakan aduan berhubung gangguan terbabit.

Berdasarkan perangkaan awal, sebanyak 86 peratus pengguna didapati menghadapi masalah berkenaan.

Bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan setakat ini oleh penyedia perkhidmatan media sosial terbesar itu.

Difahamkan, aplikasi itu bukan mengalami gangguan di negara ini, malah turut membabitkan pengguna di Dubai, Amerika Syarikat, Indonesia dan India.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button