Berita Utama

BN akan kerjasama dengan parti lain jika tak berjaya peroleh majoriti mudah

Tunggu keputusan pilihan raya baru MT akan tentukan: Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 29 Rabiulawal 1444H, Rabu – Barisan Nasional (BN) perlu menjalin kerjasama dengan gabungan lain jika parti itu tidak dapat memperoleh majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, ia mungkin melibatkan kumpulan seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti lain.

Bagaimanapun, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, kerjasama itu perlu ditentukan oleh Majlis Tertinggi (MT) selepas pilihan raya.

“Jika kita hanya mendapat kira-kira 80 kerusi, kita tidak boleh membentuk kerajaan. Untuk berbuat demikian, kita memerlukan majoriti mudah 112 kerusi.

“Jadi kita perlu bekerjasama dengan orang lain. Apa pun, kita tunggu keputusan pilihan raya dulu, baru majlis tertinggi akan buat keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran kompleks bangunan baharu Media City, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ramalan penganalisis politik Dr Azmi Hassan bahawa BN mampu memperoleh antara 80 dan 85 daripada 222 kerusi Parlimen.

Sebelum ini, Ismail Sabri dilaporkan berkata, masih terlalu awal untuk BN mencari rakan kerjasama bagi membentuk kerajaan Pusat selepas PRU15.

Katanya, BN perlu melihat dahulu keputusan pilihan raya umum dan sebarang ketetapan lanjut akan dibuat kemudian.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button