Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Isu pengampunan Najib bukan kuasa kerajaan, UMNO

Serah kepada semakan kehakiman, Lembaga Pengampunan: PM

KUALA LUMPUR, 29 Rabiulawal 1444H, Rabu – Kerajaan dan UMNO konsisten untuk tidak mencampuri urusan mahkamah melibatkan mana-mana individu di negara ini termasuk isu berkaitan pengampunan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibangkitkan pihak tertentu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, isu pengampunan seseorang yang telah disabitkan di mahkamah adalah terserah kepada semakan kehakiman dan Lembaga Pengampunan. 

“Isu pengampunan Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak), kuasa bukan kerajaan, bukan di tangan UMNO, kita hormati apa sahaja keputusan mahkamah, ia terpulang kepada semakan kehakiman dan lembaga pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Angkasapuri Kota Media di sini hari ini. 

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian ketika ditanya berkenaan kenyataan seorang penganalisis politik yang tular di Twitter, mendakwa Najib akan mendapat pengampunan penuh jika Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). –  Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button