Berita Utama

PN muktamadkan tiada kerjasama dengan GTA untuk PRU15

Ikut perancangan awal untuk gerak ke depan dengan parti komponen

BANGI, 2 Rabiulakhir 1444H, Jumaat – Perikatan Nasional (PN) memutuskan untuk tidak menjalin kerjasama dengan Gerakan Tanah Air (GTA) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu dicapai selepas bertekad untuk bergerak ke hadapan bersama parti-parti komponen sedia ada.

“Tidak ada perbincangan untuk bekerjasama dengan GTA. Bukan PN tidak mahu ada kerjasama tetapi kita memutuskan untuk bergerak ke hadapan dengan apa yang sudah dirancang sejak awal,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menafikan dakwaan PN ada perbincangan dengan GTA tetapi belum dimuktamadkan kerana ada isu belum selesai.

Terdahulu, Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pihaknya masih meneruskan perbincangan kerjasama dengan GTA dan akan menyelesaikan beberapa isu, selain akan memberikan masa kepada PN selama dua hari untuk memutuskannya.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, beliau tidak mengetahui mengenai perbincangan itu kerana tiada dibawa ke Majlis Presiden PN.

“Tidak ada perbincangan dan tidak ada mesyuarat rasmi. Mungkin ada bincang di peringkat bawahan tetapi tidak sampai kepada majlis (presiden), saya tidak tahu,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button