Berita Utama

PRU15: Hati saya jatuh cinta dengan Kubang Kerian: Tuan Ibrahim

Namun tetap serah keputusan kepada pucuk pimpinan parti

KOTA BHARU, 2 Rabiulakhir 1444H, JumaatTimbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini memberikan bayangan mengenai hasratnya pada Pilihan Raya ke-15 (PRU15) ini untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian yang disandangnya, namun tetap menyerahkan keputusan muktamad mengenai perkara itu kepada pucuk pimpinan parti.

“Hati saya jatuh cinta dengan Kubang Kerian. Saya seperti pimpinan lain, kita serahkan kepada parti untuk buat keputusan.

Saya difahamkan pagi ini ada mesyuarat final,” katanya pada sidang media selepas majlis Pelancaran Karnival KASA 2022@Kubang Kerian Sejahtera,  hari ini.

“Apa yang penting sebagaimana yang diamanahkan, laksana tanggungjawab, tapi insya-Allah kita tunggu pengumuman,” tambahnya.

Pada PRU14 lepas, Tuan Ibrahim yang pertama kali bertanding di kerusi Parlimen Kubang Kerian menang dengan majoriti 19,369 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Muhammad Abdul Ghani dan Datuk Dr Abdul Halim Yusof daripada PKR.

Sementara itu Tuan Ibrahim berkata proses pembahagian kerusi Perikanan Nasional (PN) bagi menghadapi PRU15 berjalan lancar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 Nov, penamaan calon pada 5 Nov dan pengundian awal pada 15 November 2022.  -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button