Berita Utama

Mangsa banjir di Melaka semakin berkurangan pagi ini

Turun kepada 146 orang berbanding 170 semalam

MELAKA, 3 Rabiulakhir 1444H, Sabtu – Jumlah mangsa banjir di dua daerah di Melaka menurun kepada 146 orang daripada 41 keluarga pada 8 pagi ini berbanding 170 orang membabitkan 50 keluarga pada 4 petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan memaklumkan pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Tanjong Rimau Luar di Alor Gajah ditutup pada 10 malam tadi.

“Sebanyak 46 mangsa daripada 20 keluarga ditempatkan di dua PPS di Alor Gajah di Balai Raya Kampung Gadek dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pengkalan manakala 100 mangsa daripada 21 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Krubong di Melaka Tengah setakat 8 pagi ini,” menurut kenyataan itu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button