Berita Utama

DHPP minta PAS peruntuk 3 kerusi Parlimen, 12 DUN

Serah kepada PAS Pusat mahu letak kawasan mana

BANGI, 4 Rabiulakhir 1444H, Ahad – Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) meminta PAS memperuntukkan tiga kerusi Parlimen dan 12 Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada sayap parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketuanya, N Balasubramaniam berkata, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), PAS memberi laluan kepada calon DHPP menghantar tiga kerusi Parlimen dan 18 DUN.

“Jadi, untuk PRU15, kami juga memohon bertanding tiga Parlimen, tapi 12 DUN sahaja berikutan Johor dan Melaka sudah mengadakan pilihan raya negeri sebelum ini.

“Hasrat itu selari dengan semangat setiakawan sayap itu dengan PAS kerana DHPP menjadi tulang belakang perjuangan dan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada parti sejak PRU14 lalu.

“Bagaimanapun, DHPP menyerahkan kepada PAS Pusat untuk menentukan kawasan mana boleh diletakkan calon sayap ini.

“Namun yakin dan percaya dengan keikhlasan pemimpin PAS yang selama ini menjadi ‘sahabat’ akrab kami yang terdiri pelbagai kaum,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sekiranya diberikan peluang bertanding, pihaknya akan berusaha memenangi sekurang-kurangnya satu kawasan Parlimen dan beberapa DUN berasaskan peningkatan sokongan ahli.

Sehingga kini, DHPP mempunyai seramai 62,768 ahli seluruh negara dan memberikan sokongan penuh kepada perjuangan PAS untuk memastikan kemenangan parti di setiap kawasan yang ditandingi pada PRU15 nanti.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button