Berita UtamaDunia

India lanjut sekatan eksport gula setahun

Hadkan eksport gula hingga 9 juta tan sahaja

NEW DELHI, 4 Rabiulakhir 1444H, Ahad – India akan meneruskan sekatan eksport gula bagi jualan ke luar negara selama setahun sehingga Oktober 2023 selain akan menetapkan kuota tertentu.

Pengarah Urusan Persekutuan Kebangsaan Koperasi Kilang Gula, Prakash Naiknavare berkata, keputusan yang dibuat bukan bermakna kerajaan tidak akan membenarkan langsung eksport gula.

“Pemberitahuan ini bagi memanjangkan dasar kerajaan untuk mengekalkan eksport gula dalam kategori terhad.

“India yang juga pengeksport serta pengguna gula terbesar dunia sebelum ini mengeluarkan arahan mengehadkan eksport gula sehingga akhir bulan ini bagi membendung kenaikan harga domestik,” katanya.

India dijangka membenarkan kira-kira 3 juta tan eksport gula pada suku kedua, menjadikan jumlah penghantaran gula ke luar negara tahun ini kepada kira-kira 8 juta tan.

Menurut Persatuan Kilang Gula India, kumpulan pengeluar India hanya dibenarkan mengeksport sehingga 9 juta tan gula pada musim 2022 hingga 2023. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button