Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

Kemelut ekonomi lumpuhkan lagi sistem kesihatan Sri Lanka

500 doktor berhijrah ke Timur Tengah, negara Barat

COLOMBO, 4 Rabiulakhir 1444H, Ahad – Selepas berdepan isu kekurangan akses  bekalan perubatan, rakyat Sri Lanka kini kehilangan ramai doktor akibat berhijrah serta mencari peluang kerjaya di Timur Tengah dan negara Barat.

Pakar perubatan yang bergantung ubat import kira-kira 85 peratus daripada keperluan farmaseutikal, telah menyembunyikan penggera selama berbulan-bulan.

Bagaimanapun, mereka akhirnya mendedahkan sedang bergelut untuk memberikan rawatan tepat kepada pesakit.

Biro Pekerjaan Asing Sri Lanka memaklumkan, trend berhijrah meningkat apabila keadaan kerja memaksa ratusan mereka meninggalkan negara.

“Terdapat trend peningkatan dalam kalangan profesional yang berpindah keluar dari pulau itu untuk mencari peluang lebih baik kerana keadaan semasa negara ini.

“Sebilangan besar doktor juga telah berhijrah meninggalkan negara ini,” kata pengurus besar biro itu, Priyantha Senanayake.

Data daripada Persatuan Pegawai Perubatan Kerajaan menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 500 doktor daripada institusi perubatan negeri telah berhijrah ke luar negara dalam tempoh lapan bulan pertama 2022.

Penduduk negara itu bergelut dengan pemotongan bekalan elektrik harian dan kekurangan komoditi asas di tengah-tengah krisis ekonomi terburuk sejak Sri Lanka memperoleh kemerdekaan dari British pada tahun 1948.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button