Berita Utama

PH musuh PAS, bukan BN meski tak kerjasama

Tak mengapa jika ada kawasan BN menang, asalkan bukan PH

BANGI, 4 Rabiulakhir 1444H, Ahad – PAS kekal dengan pendirian Barisan Nasional (BN) bukan musuh walaupun tidak bekerjasama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sebaliknya, sama ada PAS atau BN – musuh mereka sama iaitu Pakatan Harapan (PH), kata Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

“Kita tidak bermusuh walaupun tidak bekerjasama dalam PRU15, namun ini satu amalan demokrasi di mana kita ‘bermain di padang sama rata’.

“Jika kawasan tertentu dimenangi BN tidak mengapa, asalkan tidak jatuh kepada PH. Kita memang tidak bermusuh kerana kita kekalkan konsep penyatuan ummah.

“Amalan konsep penyatuan ummah walaupun tidak berkawan rapat, namun tidak bermusuh sama sekali,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Setiausaha Agung PAS itu berkata, penyatuan berkenaan tidak diteruskan disebabkan perkara tertentu sehingga memaksa PAS membuat pilihan dalam PRU15.

Presiden PAS telah jelaskan penyatuan ummah perlu merangkumi parti Melayu Islam, katanya.

27 September lalu, PAS memuktamadkan keputusan untuk kekal bekerjasama dengan Bersatu sekali gus meninggalkan BN.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button