Berita Utama

Zahid persoal gabungan masuk politik sebab rakyat atau ketagih kuasa

Dakwa gabungan politik lawan bercelaru, tiada hala tuju

BANGI, 5 Rabiulakhir 1444H, Isnin – Pengerusi Barisan Nasional (BN), mendakwa gabungan parti politik selain BN kini kelihatan bercelaru, selain tiada hala tuju yang jelas.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kestabilan dan kemakmuran begitu penting pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi menjamin masa depan negara dan rakyat lebih baik.

“Ada pihak lawan masih mencanang dakyah bersifat manipulatif dan berunsurkan kebencian sewaktu berkempen, seolah-olah tidak ada idea atau pendekatan lain untuk diketengahkan.

“Cara berkempen dan cerita politik mereka masih berkisar politik kebencian, dendam, fitnah, manipulasi serta personaliti dan akan disusuli dengan janji-janji palsu sama seperti PRU terdahulu,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau mendakwa, gabungan parti politik lawannya kini seolah-olah takut dengan bayang-bayang sendiri.

Beliau pada masa sama turut mempersoalkan tujuan gabungan politik memasuki arena politik.

“Jujurkah gabungan-gabungan politik ini memasuki arena PRU15 untuk berkhidmat kepada rakyat atau semata-mata ketagih kuasa dan bimbangkan kemenangan BN,” soalnya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button