Berita UtamaDunia

Raja Maghribi enggan hadir Sidang Kemuncak Liga Arab di Algeria

Tegang ekoran saluran Algeria guna peta Maghribi salah

RABAT, 6 Rabiulakhir 1444H, Selasa – Maghribi memaklumkan, Raja Mohammed VI, tidak akan menghadiri Sidang Kemuncak Liga Arab ke-31 (Arab Summit), yang akan bermula hari ini di negara jiran Algeria, lapor Agensi Berita Anadolu.

Menteri Luar, Nasser Bourita, tidak memberikan apa-apa sebab bagi ketidakhadiran Raja dalam Sidang Kemuncak dua hari itu.

“Raja Maghribi telah memberi arahan kepada delegasi kami untuk meneruskan kerja walaupun beliau tidak hadir,” kata Nasser kepada saluran Arab Saudi, Al-Arabiya.

Ketegangan kembali berlaku antara kedua-dua negara Afrika Utara pada hari Sabtu, selepas saluran televisyen Algeria menggunakan peta yang dilihat sebagai ‘salah’ oleh Maghribi semasa mesyuarat persiapan di kalangan Menteri Arab. 

Mengakui kesalahan, saluran Algeria menyatakan penggunaan peta itu sebagai ‘kesilapan teknikal’ dan memohon maaf.

Nasser, bagaimanapun, berkata penjelasan Algeria ‘tidak meyakinkan’ buat Maghribi.

Algeria dan Maghribi adalah pesaing serantau, dengan hubungan mereka tegang di wilayah Sahara Barat yang dipertikaikan.

Tahun lalu, Algeria memutuskan hubungan diplomatik dengan Maghribi, menuduh Rabat mempunyai ‘kecenderungan bermusuhan,’ satu tuduhan yang dinafikan oleh pihak berkuasa Maghribi. 

Sidang Kemuncak Liga Arab yang dihoskan Algeria pada 1 dan 2 November kali ini antaranya akan membincangkan agenda pengukuhan tindakan bersama Arab untuk menghadapi cabaran semasa serantau dan antarabangsa, isu Palestin, jaminan makanan dan kerjasama politik dan ekonomi. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button