Berita Utama

Annuar Musa mahu penyatuan ummah diteruskan

Yakin ada landasan untuk terus berkhidmat

BANGI, 7 Rabiulakhir 1444H, Rabu – Tan Sri Annuar Musa nekad mahu meneruskan perjuangan meskipun namanya tidak disenaraikan semula di Parlimen Ketereh pada Pilihan raya Umum ke-15 (PRU15).

Malah, beliau bertekad untuk terus mengajak ke arah perpaduan dan penyatuan ummah menerusi landasan sedia ada.

“Insya Allah masih ada landasan untuk terus berkhidmat atas jalan kebaikan dan kebajikan, terutama mengajak ke arah perpaduan dan penyatuan ummah.

“Islam dan umat Melayu harus kekal kuat dan berkuasa. Kita kuat jika berpadu dan bersatu padu,” katanya menerusi facebook, hari ini.

Annuar bersama beberapa ahli UMNO lain termasuk Datuk Seri Shahidan Kasim, Tan Sri Noh Omar adalah antara yang tidak dicalonkan semula oleh Barisan Nasional (BN) pada PRU15.

Semalam, Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan calon yang akan bertanding mewakili Parlimen Ketereh adalah Ketua Pergerakan Puteri UMNO Kelantan, Marzuani Ardila Ariffin.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button