Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

PAS Johor akur dapat 4 kerusi PRU15

PRU14 tanding 20 kerusi tapi tiada yang menang

BANGI, 7 Rabiulakhir 1444H, Rabu – PAS akur dengan keputusan pucuk pimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) berhubungan pembahagian kerusi Parlimen pada Pilihan raya Umum ke-15 (PRU15).

Meskipun hanya mendapat empat Parlimen – Muar, parti Sulong, Sri Gading dan Tenggara namun tidak mematahkan semangat untuk peroleh kemenangan, kata Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Hussin.

“Rundingan telah dibuat pucuk pimpinan berhubung pembahagian kerusi dan kami terima keputusan dengan terbuka.

“Apa pun perkara paling penting ialah kita mahu menanam iltizam dan komitmen kita untuk memenangi empat kerusi yang ditandingi pada PRU15,” katanya.

Beliau yang juga Naib Pengerusi PN Johor berkata, gerak kerja PAS sudah bermula sejak Parlimen dibubarkan dengan sasaran mahu mendekati lebih ramai pengundi muda termasuk menggunakan media sosial.

“Kita akan fokus sebaiknya, walaupun cuma empat kerusi. Pada PRU14 lalu, ketika PAS solo, sebanyak 20 kerusi Parlimen ditandingi, tetapi tidak ada yang dimenangi ketika itu.

“Oleh itu, apabila jumlah kerusi tidak banyak ditandingi, diharapkan satu lonjakan berlaku dalam sejarah PAS Johor dengan memenangi kerusi Parlimen kali ini.

“Sebelum ini PAS Johor hanya mendapat kemenangan di peringkat DUN sahaja,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button