Berita Utama

Calon GTA Larut sedia lawan Hamzah, yakin kebolehan diri

‘Saya yakin Hamzah sudah hilang taring, dulu menang atas tiket BN kemudian lompat’

BANGI, 8 Rabiulakhir 1444H, Khamis – Calon BERJASA di Parlimen Larut yakin pembabitannya di kampung halaman sendiri mampu memberikan kelebihan kepadanya selain boleh menewaskan penyandang kawasan itu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Auzaie Fadzlan Shahidi yang merupakan calon paling muda dalam BERJASA menyatakan kesediaan untuk menawarkan khidmat bakti kepada rakyat dan yakin penyandang kawasan itu sudah kehilangan taring berikutan tindakan melompat parti.

“Sebagai seorang anak tempatan yang membesar di Selama ini, saya bersedia menawarkan khidmat bakti kepada pengundi.

“Saya yakin Datuk Seri Hamzah sudah hilang taringnya, dulu beliau menang atas tiket BN kemudian melompat.

“Jadi, beliau dah kehilangan pengundi BN. Anak muda tak berpihak kepada beliau,” katanya.

Auzaie diumum bertanding di Parlimen Larut menentang penyandang gergasi, Hamzah Zainudin pada Majlis Pengumuman Calon Gerakan Tanah Air (GTA), semalam.

Anak muda berjiwa besar ini yang berusia 27 tahun merupakan graduan jurusan Syariah di Universiti Al-Azhar Mesir dan kini menjadi usahawan pemborong barangan runcit.

Pada PRU14, Hamzah memperoleh kemenangan selepas memperoleh 18,184 undi sekali gus menewaskan calon PAS, Abu Husin Mohammad, 13,698 manakala Khairul Anuar Akhiruddin dari PKR yang memperoleh undi sebanyak 7,738.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button