Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

PRU15: Dr Rashidah mahu tambah baik urus tadbir rakyat di Semambu

Berpengalaman puluhan tahun bersama rakyat melalui kerjaya sebagai doktor, aktivis NGO

BANGI, 8 Rabiulakhir 1444H, Khamis – Dr Rashidah Abd Rahman melihat pemilihannya sebagai Calon Gerakan Tanah Air (GTA) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu sebagai satu peluang untuk menambah baik urus tadbir rakyat di kawasan itu.

“Dengan izin Allah, saya telah diamanahkan oleh GTA sebagai calon untuk DUN Semambu buat PRU kali ini.

“Jika diberi kepercayaan oleh rakyat, saya akan berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab ini dengan sebaiknya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berpandangan, kedudukan sebagai wakil rakyat di kawasan itu adalah satu platform untuknya terus menaburkan bakti kepada masyarakat.

“Posisi ini adalah sebagai platform untuk saya terus berbakti kepada masyarakat, setelah berpuluh tahun saya bersama rakyat sama ada melalui kerjaya sebagai seorang doktor mahupun sebagai seorang aktivis NGO sebelum ini.

“Perjuangan ini akan diteruskan. Semoga Allah permudahkan, insya-Allah!,” katanya lagi.

DUN Semambu sebelum ini dimenangi oleh Lee Chean Chung dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti undi 5,511 dalam saingan tiga penjuru.

Beliau menewaskan Mohd Yusof Hashim dari PAS dan Quek Tai Seong daripada Barisan Nasional (BN).

Semalam, GTA mengumumkan akan bertanding di 121 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pada 19 November ini, Dr Rashidah dijangka akan menentang calon BN, Khairul Hisham Omar dan Zulfadhli Zakariah yang merupakan calon Perikatan Nasional (PN).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button