Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Musim tengkujuh dijangka bermula 7 November

Orang ramai dinasihat bersiap sedia, peka segala maklumat MetMalaysia

BANGI, 8 Rabiulakhir 1444H, Khamis – Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh akan bermula lebih awal daripada dijangka iaitu pada 7 November 2022 dan berterusan sehingga Mac 2023.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, empat hingga enam episod luruan monsun yang membawa hujan lebat berterusan berpotensi berlaku sepanjang tempoh itu.

“Seperti musim-musim lalu, hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai.

“Sekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar, risiko kejadian banjir boleh meningkat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhammad Helmi berkata, kejadian air pasang besar dijangka berlaku dari 6 hingga 11 serta 22 hingga 27 November diikuti 7 hingga 12 serta 22 hingga 26 Disember 2022 sebelum berlarutan dari 6 hingga 10 dan 21 hingga 25 Januari 2023.

Katanya, ketika MTL, tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora serta ombak besar di perairan Laut China Selatan.

Justeru, orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh serta sentiasa peka dengan maklumat, nasihat dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button